Himpunan Belia Iskandar Malaysia,I`M YOUTH 2012

Himpunan Belia Iskandar Malaysia 2012 adalah Program Tahunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dengan usaha sama Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Belia Negeri Johor dan Iskandar Malaysia dan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Dengan sasaran 100,000 penglibatan belia yang hadir beberapa program dan acara yang bakal diadakan seluruh bandar Johor Bahru.

Kementerian Belia dan Sukan telah menetapkan 15hb Mei setiap tahun sebagai Hari Belia Negara. Tujuan diadakan Perhimpunan Hari Belia Negara ini adalah untuk memberi kesedaran dalam masyarakat bahawa golongan belia merupakan golongan terpenting dalam arus pembangunan dan kestabilan negara.  Disamping itu juga, sebagai tanda pengiktirafan dan sokongan serta penghargaan kerajaan kepada peranan dan juga sumbangan yang diberikan oleh golongan belia kepada pembangunan negara dalam semua bidang sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Bersempena dengan Perhimpunan Hari Belia Negara 2012, Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia Johor dan Majlis Belia Negeri Johor akan menganjurkan Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 “ IM YOUTH ” bermula 17 – 20 Mei 2012.

Pengisian Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 ini akan berlangsung dibeberapa lokasi antaranya adalah Plaza Angsana Johor Bahru, Danga City Mall, Dataran Bandaraya Johor Bahru, Kompleks Belia dan Sukan, Larkin, IOI, Kulaijaya dan JPO, Kulaijaya.

Antara pengisian menarik yang pastinya menjadi tanda aras kepada pelaksanaan program ini adalah penyampaian anugerah kepada Ikon Belia Dan Anugerah Belia Negara yang mana memberi penghargaan dan pengiktirafan ke atas pencapaian masyarakat belia dalam pelbagai bidang ; Menggalakkan penyertaan belia dalam kerja-kerja sukarela dan  kemasyarakatan ; Menjana sokongan masyarakat umum terhadap kerja-kerja pembangunan belia. Untuk makluman, Ikon Belia yang akan dinilai adalah Ikon Belia Johor manakala Anugerah Belia Negara pula mempertandingkan beberapa kategori seperti Anugerah Perdana Pertubuhan Belia, Anugerah Perdana Belia Lelaki, Anugerah Perdana Belia Wanita, Anugerah Aktivis Belia Melayu, Anugerah Aktivis Belia Cina, Anugerah Aktivis Belia India serta Badan Gabungan Terbaik Majlis Belia Negeri Johor.

 Bagi menjayakan, memeriahkan lagi serta menghargai penglibatan golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan sosial, rekreasi dan kerohanian maka pihak penganjur telah merancang beberapa aktiviti dan diklasifikasikan kepada beberapa pengisian seperti berikut  :

1. Cluster Invest

SEGMEN

AKTIVITI

IM Fashion Week

Peragaan Busana

Fotografi

Grafiti Kasut

Sport Business

Kesedaran Peluang Perniagan Di Dalam Sukan

Ceramah dan Pameran

2. Cluster Work

 SEGMEN

AKTIVITI

Karnival JOM Center

Pameran dan Aktiviti Mari Mencuba

Johor Youth Convention and Exhibition(JOYCE 2012)

INDIELECTRIC, GRAFF AND UNITE 2012, THE COTTON PROJECT 2012, I`M YOUTH CIRCLE, SOUTH X WEST COLLISION SLAM JAM, FLASHBACK PHOTO AND VIDEO WORKSHOP

3. Cluster Live

SEGMEN

AKTIVITI

Karnival Belia Islam

Tahlil Perdana &

Forum Perdana

Volunteer Camp

Aktiviti Perkhemahan

Hall Of Fames

Anugerah Belia Negeri Johor

Go Green – Back to Nature

Menanam Pokok

4. Cluster Play

SEGMEN

AKTIVITI

Extreme Sports

Go-Kart, Mini Bike, Drift, MotoGymkhana

& MTB Xrace

Jom Cergas

J-Robikton, Jom Cergas, Aerobikton, Gusti Lengan, Jejaka Perkasa, Tarik Tali, Rembat Futsal, Bola Jaring, Bola Keranjang 3 on 3 & Kabbadi

Martial Arts

Wajadiri, Silambam, Taekwondo & Muaythai

Recreation

Karnival Rekreasi, Sukan Air Johor, Autoshow & Cybergames

Himpunan yang menyasarkan penglibatan seramai 100,000 belia ini bakal disempurnakan perasmiannya oleh Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor pada 20 Mei 2012 bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru jam 9.00 pagi.

Ini adalah merupakan salah satu ruang bagi kerajaan menghargai serta mengiktiraf golongan belia disamping mendekati golongan ini secara terus. Program sebegini bukan sahaja berakhir dihimpunan ini, malah kerajaan sejak dahulu lagi telah merangka aktiviti / program sepanjang tahun khusus untuk golongan belia yang diperturunkan kepada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah diseluruh negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s