J.O.Y.C.E 2012 | Urban Arts Circle | Sesi temubual bersama Aur dan Arah -Wujud

WUJUD sebagai akronim program ini bemaksud adanya pengkarya seni diluar sana yang harus diketengahkan bakat yang terpendam juga mereka dapat mengekspresikan pelbagai karya kepada umum. Kehadiran mereka secara langsung memeriahkan industri kreatif selaras dengan matlamat kerajaan dalam Dasar Industri Kreatif Negara DIKN2010. Juga harus dingat karya seni visual mempunyai nilai komersial yang tinggi, bukan setakat menconteng kanvas atau membuat arca sahaja, karya yang dihasilkan ada jalan ceritanya. Fitrah manusia inginkan kecantikan& keindahan, maka dengan itu mereka WUJUD dengan memanifestasikan kecantikan & keindahan melalui seni visual dan arca.

Sesi temubual bersama Aur dan Arah di lokasi galeri pameran Rampo Haus ,Taman Impian Emas Johor Bahru.

RZL : Siapakah yang terlibat di belakang pameran WUJUD ini? Bagaimana idea pameran ini tercetus?

AUR : Bermula dengan pertemuan bersama En Neil Shah (Pengasas bersama Rampo Haus) Kami menimbang dan menganalisa dasar industri kreatif khususnya seni visual di Johor Bahru. Ramai pengkarya-pengkarya yang hebat berasal dari Johor, Mereka telah mencipta nama namun begitu terpaksa berhijrah ke Kota besar untuk mencipta kejayaan. Lalu timbul persoalan mengapa tidak di Johor? Disitu lah bermula idea Wujud tercetus. Bukan sekadar pameran malah sebagai perniagaan hasil karya kami .

Pengkarya yang terlibat :

A.R.A.H
Taib AUR
Fai Zakaria
Rasyidah Zul
Maria
Panjol
Nabil Azahari

RZL : Sudah berapa lama berada di dalam industri secara serius?

ARAH : Saya telah mula aktif sejak tahun 2003

AUR : Penghujung tahun 2005

Neil Shah : Bergerak di bawah nama RAMPO HAUS sejak 2009

RZL : Influence serta dorongan?

AUR : Daripada pelukis veteran Johor Bahru Ismail Attan. Kami peluang – peluang dan ruang dalam industri ini.

ARAH : Influence serta dorongan adalah daripada pengalaman diri aku sendiri, tanpa terikat dengan mana- mana aliran seni. Kebebasan aku untuk berkarya lebih luas.

RZL : Apakah Konsep / Tema pameran visual WUJUD ?

AUR : WUJUD lebih kepada pengenalan pengkarya, disini pengunjung berpeluang mendekati serta memahami dengan lebih dekat hasil karya kami serta perjalanan kami di dalam memperjuangkan seni kami di Johor Bahru.

RZL : Matlamat kini untuk masa mendatang ?

AUR : Matlamat utama WUJUD ini adalah untuk pendedahan kepada masyarakat bahawa kami WUJUD di Johor. Untuk Jangkamasa panjang kami berharap dengan usaha kami ini dapat menjadi pencetus kepada pertumbuhan aktivis seni yang lain bagi sama – sama memeriahkan industri kreatif Johor Bahru.

RZL : J.O.Y.C.E 2012 ? Penglibatan serta Aktiviti yang akan dijalankan.

AUR : JOYCE adalah platform serta ruang untuk belia dan peluang bagi semua khususnya belia di Johor Bahru.

Di sana kami akan mengadakan bengkel seni visual serta demonstrasi secara langsung dapat memberi peluang kepada masyarakat mendalami industri ini. Bagi yang beerminat kami akan mengadakan kelas jangka masa pendek tentang bagaimana seni visual ini di hasilkan.

RZL : Kata – kata semangat

Kalau tak pecahkan ruyungnya, manakan mungkin dapat sagunya.

WUJUD di adakan dari 18 Feb – 18 Mac 2012
2.00 ptg – 6.30 ptg
Sebarang info sila hubungi :
Neil Shah: 016 770 1779
A.R.A.H: 012 326 0024
Taib AUR: 017 719 3599

Event page

Link/ Blog

http://taibrazak.blogspot.com/

http://denaiperhentian.blogspot.com/

Rampo Haus

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s